12 Disember, 2009

Panggilan misteri

Khamis lepas, baru 10 minit masuk opis hp aku tiba2 berbunyi. Tengok no. tak kenal. Aku jawab.

Sorang lelaki di talian dengan suara sorang tokoh koperat agaknya.

U ada iklan bla bla bla bla...

Aku pun jawab : Ya! bla bla bla bla

dan berbualan itu pun bermula...

I nak mintak u tolong ajarkan i basic2 linix. (sebutan dia linix)

Aku : Saya tak mengajar, saya cuma setup.

I bukan nak u mengajar macam cikgu, i nak u ajar basic2 je, program nak pakai, cara setup dan nak download kat mana.

Aku : Nak ajar sapa ni, awak buka kelas ke apa?

Ajar i sendiri.

~ Aku blur...


Aku : U ada basic?

I ada 12 tahun pengalaman dlm it...

Boleh dikatan 80% tentang windows i dah cover. I tau, u pun bukan cover 100% linix kan? Mungkin 30% atau 40%. Selebihnya u jugak tatau.

~ Aku tambah blur...


Aku : Saya buat apa yang saya tau. Yang tatau saya tak buat. Saya juga tak minat nak buat benda yang saya tatau. Saya sibuk skang, tengah keje nanti lapang saya call balik.

Ok..u boleh call balik nanti.


Sebenarnya panjang lagi, semuanya show off punya ayat...

Aku tatau keregori apa org ni. Ganggu masa keje aku pagi2 suruh aku buat benda yang aku tak reti dan dalam masa yang sama tunjuk dia tu terer....!!!

01 Disember, 2009

Mati

Tengah lepak pekena teh tarik mamak tadi aku tanya ndad pasal fazli ade join tabligh ke. Aku jumpa dia time sembahyang jumaat  lepas lain sikit style dia. Berjambang panjang dengan pakaian semacam tabligh.

Ndad cakap dia ada problem sikit. Kerap alami  perasaan takut mati. Kadang2 tak boleh tido sampai ke subuh. Ada jugak pegi berubat, jumpa ustaz tapi masih macam tu jugak. 

Satu macam jugak perasaan aku time tu. Tak sangka plak camtu kisahnya. Balik rumah aku try google tentang problem tu. Banyak  jugak keyword merepek aku try. Tak jumpa lansung huraian pasal perkara ni. Mungkin keyword aku tak cukup tepat.

Akhirnya aku terjumpa blog ni. 

http://amanruzaini.com/blog/2009/03/mati/ 

26 November, 2009

21 November, 2009

Motherboard

3-4 ari ni pc aku mula buat hal yang bukan2. Nak on bukan main susah. HSF jalan tapi lcd x de signal. Kerap juga dia off sendiri lepas aku on. Kerap jugak dia hang bila idle lama2. Pelik betul.

Aku buka side panel casing. Belek2 componen kat mobo. Huh! ade 3 capasitor dah kembung dan bocor. Patut la bengong semacam.

Esok kena cari capasitor baru untuk gantikan yang bocor tu. Tu pun kalau ade jual. Kalau ade jual pun belum tentu aku berjaya tukar sendiri capasitor tu memandangkan skill solder aku yang lansung tak mantap.

Pape hal pun cuba dulu sebelum angkat baru. Tapi aku rasa kena angkat baru hehe.


15 November, 2009

Mangsa


Aku tatau nak cakap apa bila baca kes diatas dalam kosmo pagi tadi. Yang nyata aku kesian dengan mangsa sbb jadi mangsa kebodohan manusia. Rasanya kerajaan patut naikkan taraf kelulusan untuk apply polis dan kontraktor.

14 November, 2009

Nur Kasih

Suatu ketika di opis.

Kamal : Betul sheikh, sedap citer dia.

Aku : Aku tak caya sgt drama tv skang ni.

Kamal : Tapi yang ni lain, hang tengok la, mmg sedap. 



Suatu hari di IRC

Oshiri : Jom layan nur kasih.

Aku : Jiwang betul.

Oshiri diam sbb tengah layan nur kasih agaknya.




Best sgt ke citer ni. Kalau oshiri layan drama mmg pelik sikit la. Setau aku dia layan house, chuck & tah apa siri inggeris lagi ntah.

Aku pun mula layan episod 18 kat tv. Minggu depan tu aku layan pulak episod 19. Macam sedap pulak citer dia. Godek site tv3 ade streaming dari episod 1. Mula la sesi marathon nur kasih selama 4 hari. Episod 1 - 19 selesai. Aku follow balik episod kat tv.

Citer dia mmg sedap, lain dari tipikal drama tv skang. Takde bayang2 yusuf haslam dan ahmad idham lansung. Bayang rosyam nor lagi takde.  Takde babak jalan2 sambil borak kat kaki lima. Takde dialog skema tahap tadika minda cerdas. Semua tipikal drama melayu takde kat siri ni dan jalan citer dia mmg superb.


13 November, 2009

Kenapa bagi aziz arah aku budak minang?

Zaman sekolah dulu, tiap2 tengah & hujung bulan aku akan beli majalah gila-gila. Aku gilir2 beli dengan abang aku. Tapi yang kerap beli abang aku la sebab dia sekolah menengah lg banyak duit dari aku. Kalau dua2 tengah pokai aku mintak kakak aku belikan.  Kalau kakak aku pun liat nak beli, aku pinjam dari mana2 member yang beli. Banyak betul pengorbanan aku utk siri Aku Budak Minang yang ada kat gila-gila time tu.

Tapi apesal aziz m.osman langsung tak pikir pengorbanan peminat Aku Budak Minang macam aku ni. Buat drama adaptasi macam buat dokumentari. Cedok bulat2 dari majalah dan letak kat tv. Jadi la sebuah drama adaptasi versi aziz.

Aku tengok 3 episod terus takde mood nak layan. Apesal korang bagi aziz arah siri tu? Kan dia dah gagal dlm Leftenen Adnan dulu.