22 Oktober, 2009

Lamb chop


Lunch time, paling best kalau boleh layan tv sambil tido atas sofa panjang. Tapi benda tu boleh buat hanya  bila aku tak kuar lunch. Jadi agak jarang aku boleh buat perkara best tersebut. Semalam aku tak kuar lunch.

Tengah sedap baring pekena buletin 1.30, tiba2 masuk sorang lelaki yang agak smart. Lelaki tu bagi salam  dan tanya bos ade ke takde. Kak kiah yang lepak sebelah sofa aku jawab bos takde. "Baru nak belaja makan  kalau ade" balas lelaki tu. Aku bangun dan lepak cara dato'2 lepak kat sofa lobi hotel.

Tiba2 lelaki tu sambung tanpa diminta. Saya dari spring leaf restoran, nak jemput semua kat sini makan percuma kat restoran kami sehingga 30 mac 2010. Perghhh satu macam aku dengar ayat brader ni macam caya tak caya. Dah gila ke apa restoran nak kasi makan free. 

Dia sambung lagi. Untuk makan free kita sediakan kupon, so bawak kupon ni masa makan dan dapat 1 lagi set secara percuma. Aku dapat trace sikit2 niat lelaki ni. Tapi kitorang masih diam x jawab pape pun.

Dia sambung lagi. Kupon ni dijual RM25, ada 8 kupon makan 1 percuma 1. RM25 kita akan pulangkan balik selepas beli  kupon ni. ................. dengan tukarkan ke bentuk makanan. Boleh tengok kat bahagian bonus.

Huh nak jual kupon rupanya.

Aku mintak 1 set kupon tu dan tgk dia punya harga makanan. Makan 1 free 8 sekalipun kalau harga bapak mahal x guna jgk.  Memang berpatutan jugak harga dia. Lamb chop baru RM15.00 Kalau makan 1 percuma 1 bermakna baru RM7.50 sorang. Kat mana  boleh dpt lamb chop RM7.50. Joned's cafe pun tak dapat. Makanan lain pun tak mahal sgt.

Aku tanya, harga sini sama ke dgn harga restoran. Nanti pi restoran harga lain plak. Semua makanan boleh pakai kupon ke dan  takde hidden charge ke. Brader tu cakap, bagus jugak soalan tu. Betul la kan takut sini tulis murah kat restoran mahal. Tapi harga dia mmg sama, hidden charge pun takde, hanya main course boleh pakai kupon. Bagus betul cara barder ni psycho sampai aku terbeli 1 set dan faisal 1 set. 

Balik keje petang aku ajak md aqir pekena lamb chop. kitorang order 2 lamb chop dan 2 peppermint  tea dan 1 mushroom soup. Kesemuanya hanya RM26.00 (sbb air kena beli sendiri) dan lamb chop dia memang sedappppp!!!!

Ade lg 7 kupon. Hujung bulan layan lagi seround.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada 7 kupon lagi kan ? nk ikottttt !!

AiLing berkata...

nak ikut juga! rasa cam dah lama i tak rasa nikmat makan ...

popiah berkata...

Hehe boleh!