Albarez pun dah hangin satu badan tunggu barang tak sampai2. Walaupun ayat dia kononnya takpe, tiap2 kali aku cakap barang belum pos.
Seperti biasa, org kat pej pos mini bukannya ramai sgt. 1 kaunter dalam 2 org je tgh Q. Aku org yang ke 2. Bila sampai giliran aku, aku serah kotak bungkusan yang nak di hantar. Kerani yang 2-3 tahun lg nak pencen tu amik dan pegang bungkusan tu. 2-3 minit dia pegang je bungkusan tu, sambil sembang dengan kerani kaunter sebelah. Dekat 5 minit dia tanya aku, nak buat apa ni.
Aku jawab ... "Nak buat pos laju"
Kerani tu suruh aku tunggu sbb org yang depan aku tak siap lagi. Rupanya pompuan tu dok tulis apa tah katbelakang. Mungkin kes isi borang tak lengkap la tu.
Kalau dia proses pos laju aku tu pun dah siap, tapi dia tak buat, Takpe itu hak dia.
Tengah tunggu pompuan tu siap, aku tengok kaunter sebelah plak kosong. Aku cilok ke kaunter sebelah. Rupanya kaunter sebelah pun hadapi kes yang sama. Dok tunggu sorang pompuan lain yang tak lengkap isi borang. Tak sampai seminit aku lepak pompuan tu pun siap isi.
"Pen saya mana?" ... Tanya kerani kaunter dengan nada yang agak tinggi.
"Sory lupa" ... pompuan tu pegi ke meja belakang untuk amik pen.
"Dah ambik pen orang, tinggai pulak" ... Macam marah kat adik dia je aku dengar kerani tu bebel, sambil mata dia tengok ke arah aku. (Seolah2 nak ajak aku join dia bebel).
Tapi bila kau buat bodo je, dia tunduk.
"Cuba adik baca kat depan tu." ... Kerani tu bagitau aku yang dok Q belakang budak pompuan tu.
"Baca apa?" ... Aku tanya.
"Cuba adik baca kat depan tu" ... Di ulang balik.
Aku dpt tangkap apa maksud dia. Kertas tulis tangan yang dilekat kat cermin kaunter. "Pos laju boleh dibuat di semua kaunter" Lebih kuang camtu la ayat dia. Sebenarnya aku dah tengok pun tadi.
"Saya tengok kaunter ni kosong tadi, sbb tu saya pindah sini" ... Aku bgtau dia.
Lepas budak pompuan tu selesai, aku serah barang aku. Tak sampai pun 5 minit barang aku pun siap di proses.
Soalan yang aku nak tanya kat pengarah pejabat pos kalau dibagi peluang :
1) Pasai apa masa tunggu dua orang budak pompuan kat dua2 kaunter tu, diorang tamau proses barang aku. Depa lebih rela sembang dengan member kaunter sebelah.
2) Pasai apa tak sedikan pen kat meja tulis. Aku tulis pun kena pinjam pen orang.
3) Kaunter ada 8, tapi yang buka 4 je. Lagi 4 nak buat hiasan ke?
4) Pasai apa kualiti pejabat pos dr dulu sampai skang x penahnya meningkat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan