05 Ogos, 2009

Jom la demo

Caj tambahan RM12 pakej sukan Astro melampau
05/08/2009 4:54pm

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan.

“ Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bagi penggemar rancangan sukan pula mereka tiada pilihan lain untuk menyaksikan program sukan di peringkat antarabangsa dengan cepat melainkan dengan melanggan pakej sukan di Astro.

Untuk itu, Dr Maamor mencadangkan supaya stesyen televisyen kerajaan menyiarkan lebih banyak rancangan sukan di peringkat antarabangsa supaya masyarakat tidak terlalu bergantung kepada Astro.

Sources ~ http://www.utusan.com.my

              

Sokong Dr. Maamor.  Jangan pulak ada yang buat statement gampang lepas ni "Tak mampu tak payah pakai astro". Macam nak bagi penampar je rasa.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanak la demo2 ni..cam dok siam je..nk boikot je terus !

Unknown berkata...

ikut safina tak mo demo2 nanti susah kan diri plak ...