11 Julai, 2009

Selamat hari sabtu, malaysia!


Aku lepak atas kerusi di ruang tamu. Aku angkat tempat letak kaki keatas dan turunkan penyandar ke belakang.  Rilexnya! Seminggu sekali dapat lepak camni.

Aku menekan2 button remote astro untuk cari channel yang boleh dilayan. Lepas satu channel ke satu channel.  Lepas satu, satu tukar lagi ke channel lain. Ubah lagi satu, terus ke satu lagi dah tukar tukar tukar tukar tukar,  sampai habis channel.

"Aku dok kat negara mana ni?!?" 


                 *************************************            


Menyampah dengan drama2 fantasi indon, rancangan masak2 jalan2 inggeris, game show serabut jepun, golf dan citer tamil yang lansung takbleh blah. 

Aku pun layan berita awani.  Politik, politik, politik. Macam setan! Takde mood nak layan politik pagi2 camni.

Tutup tv dan lepak dgn kepala yang kosong. Tiba2 hp aku berbunyi sms.

Jauh pulak hp aku. Tengah recharge kat dalam bilik. Tak check takut msg penting dari white house ke, pentagon ke. Obama nak suruh tempah tiket air asia ke. Dengan malas nak mampos aku jalan ke dalam bilik. Buang charger dan check messages.

"Cepat, langganlah gosip2, berita2 sensasi artis2 melaysia............."

Stop -> Delete -> Yes

Macam haram dunia hari ni.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tv malaysia tp indon beli semua siarannnnnnnnn !!! sinetrons ahaha..