09 Julai, 2009

Keje part time aku kat pejabat

Secara tak sedar aku dah buka perniagaan ticketing kat pejabat. Memula pelanggan aku sorang je, tapi makin hari makin ramai la pulak.

Pak abu. Sorang pesara yang jalankan perniagaan import kain baju dari indonesia. Dalam sebulan paling banyak 3 kali dia pegi indon. Dasyat bisnes dia. Aku pun tak larat nak pegi indon camtu punya kerap. Dia adalah pelanggan setia perniagaan aku.

Kakak kepada opismate aku adalah pelanggan yang direkomen oleh opismate aku. 3 tiket pegi balik ke sabah telah dibeli oleh diorang.

Baru semalam aku dapat pelanggan baru. Md Aqir, sorang pengarah agensi pengiklanan yang berjaya. Dia nak bercuti ke melbourne raya kedua nanti. Dia maukan tiket mas ke kl dan air asia ke melbourne pegi dan balik.

Ari ni, pak abu datang lagi nak tukar tarikh balik untuk tiket dia minggu depan. 

Nampaknya bisnes aku semakin berkembang. Yang tak berkembangnya adalah keuntungan sbb semuanya adalah pertolongan semata2. :)

Tiada ulasan: